CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 17, 2009

=>tag oleh faiz

write 16 fact or whatsoever about me. so the one who had been tagged need to tag back 5 people and ask them to write 16 fact about themselves and tag 5 people back and so on la.

1. adeq badeq aku sumer gurl n aku bkn less aku..aku gurl tulen k...huhuhuhuuuu...
2.aku ske mte pel math..aku x tau np..best kowt..tp aku x ske akaun..bowing gler la...sumpah!!!!aku x ske!!!
3.aku mudah ske kt org...i2 klemahan aku...shit!!!!aku x ske ble skit aty!!!
4.aku ske bdk2..mreka cute!!
5.aku x ske la b.i..sbb 2 la aku x mo tlis tag nie dlm b.i..kang tah pa pe aku mrepek!!huhuhuhuuuuuu......
6.mangga,2 buah fvret aku..sdap oww...sp nk??kt dpn uma aku da ad buah nyer...
7.aku ske wne blue..tau np???ad lah story time aku drjah5..kowunk x yah la tau...gilak kowunk dgr cter aku anty...kih4!!!
8.aku nk jd pereka lanskap...tp aku x tau nk mlukis...ap kjadah nyer...???aku knfius la...
9.aku ske mkn sayur kangkung...sdap deyh...
10.aku lyn sumer lagu...x ksah la lgu ap..yg pasty bukan rock okey!!!bkn jiwa aku....
11.klemahan aku,,aku mdah menagis..x tau np..sensetip tangat..=(
12.aku x kn mudah marah kt orang..kcuali time 2 aku tgh hot...aku lbey skew pndam prasaan aku dlm aty...sbb 2 aku slalu mkn aty....
13.aku skew kmpul brg2 phiasan..yg pliknyer aku wat tyangan jew..x pkai2..hehehehheee...
14.aku skew sponggebob!!!wlaupon iyer nye mrepek...
15.i love fmly aku tanat2..
16.nie bnda aku pling benci!!!!ULAT GONGGOK!!!!lari 100 meter aku ble nmpak ulat nie...
x mo aku jmpe ulat nie...aku skew!!!kowunk jgn bg aku ulat nie...aku bntai kowunk anty....


5 0rg yg sgt btuah!!!btuah kowt!!
1.fynaz
2.datin seri ainin sofia
3.linda
4.tokjoro
5.kalo faiz bce..buat lg...

Sunday, February 15, 2009

=>ksengalan aku wif honey..

ekcely time nie aku n fmly aku nk g clunk..
mau g kamdar crik bju adeq aku...
mklumlah da tpilih jdik pgawas psat sumber...
pgawas k pgganas???
hahahahahahhahaha....
nie time on d way la nie...
sgaje aku tempek gambar nie...
tgok smpat mluat ow...
>_<

msih binai wooo jari aku 2...hehehehehehhee...
juz nk tunjok kt kowunk jew...



kami as d chubby...
peaceee!!!!




bluek...!!!
da tbuntang da mte honey 2..
tgl aku nk korek jew...
wahahahahhaahha!!!!



np 2 honey??
aku chubby!!!!
hohohohoooo.......

time plih2 bju aku x snap gmbar...

tp time honey nk tindik tlinga aku snap..

hehehehehhehe...
grun seyh mke honey 2...
excely honey nk tindik tlinga cz dye jlez ngok akk dyer pakai anting2...
abeh la...
psnie sume anting2 honey nk bli....!!!

td time aku jejalan nmpak si midyaf nie...
hahahahahahahha...
sengih2 dyer nengok akuu...
huhuhuhuuu....

dah2 time kt kamdar lak nmpak si faiz plek..

sgan oww nk tgor...cz ad mum dyer..

faiz la tgur aku dlu...

seb bae aku x wat slumber bdak jew ..

dah 2 aku slm2 la mum faiz...

yew la x kn x hormat org tue plak kan???

hehehhehehehe....

mum faiz kte nk plih bju melayu...

nk wat pew iz??

iz nk pinda k???

tonyoh tiniyh untok k blog faiz!!!


Thursday, February 12, 2009

=>gara2 dendam4 pelajar ditikam

Gara-gara dendam 4 pelajar ditikam
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Petah Wazzan Iskandar
bhnews@bharian.com.my
berita harian 13 feb 09..



POLIS mengambil keterangan daripada mangsa pergaduhan yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.


KLANG: Empat pelajar cedera termasuk seorang parah ditikam selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, semalam, dipercayai bermotifkan balas dendam menyusul pergaduhan membabitkan dua kumpulan pelajar, Selasa lalu. Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, lelaki terbabit dipercayai tersilap menyerang mangsa, Mohd Faris Sabri, 13, dan tiga lagi rakannya yang disangka terbabit dalam pergaduhan sebelum ini. Mohd Faris yang cedera di lengan kiri dan pinggul kanan, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) manakala tiga lagi pelajar Tingkatan Satu serta Dua dirawat sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata empat pelajar itu yang duduk di perhentian bas sementara menunggu sesi persekolahan petang bermula, dikatakan dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki bertopi keledar. "Kedua-dua lelaki terbabit berhenti dan selepas bertanya sesuatu, seorang daripadanya yang membawa pisau menikam pelajar berkenaan," katanya. Mohamad berkata, polis percaya serangan itu bermotifkan dendam antara dua kumpulan pelajar yang bergaduh, Selasa lalu.
Dalam kejadian Selasa lalu, polis menahan 12 pelajar kerana terbabit dalam pergaduhan berhampiran sekolah sama. "Satu daripada kumpulan itu mungkin meminta pertolongan orang luar untuk membalas dendam, tetapi penyerang terbabit dipercayai tersilap . "Kami kini mencari dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang berusia 17 tahun dan mungkin bekas pelajar sekolah itu," katanya. Berikutan kejadian semalam, polis menempatkan kereta peronda di luar kawasan sekolah berkenaan dan itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



Sementara itu, ibu Mohd Faris, Rosnah Salleh, berkata beliau akan menukar anaknya ke sekolah lain kerana bimbangkan keselamatan anak tunggalnya itu. Malah, katanya, bulan lalu Mohd Faris pernah minta untuk bertukar sekolah kerana bimbang berikutan banyak kes pergaduhan berlaku di sekolah itu.

p/s:sp 2 y dpt teknik 2 g jew la...
then ad 2 skull yg tlibat nie...
ish2...bocor bontot budak 2....

Saturday, February 7, 2009

=>result spm!!!!

huhuhuhuuhuuu....
da bsarang blog aku nie...
hahahaha...
td aku dpt msej dr kwn aku lynn...
kmentrian g tau yg result spm kuar 23 febuari niey....
wow!!!!grun dowh!!!
tol k x...2 aku x au la...
nie pown dr smber2 yg dpercayai...
huhuhuhuuu...

Wednesday, February 4, 2009

=>nilai tudung wanita..

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.



p/s:sebarkan nie manyak2 ow...
diambil dr buletin myspace

Tuesday, February 3, 2009

=>isi borang IPTA...


kowunk yg lpasan spm da isi borg upu blom ha???
slam da msok fasa k-2 da....
aku pown x tau nk plih kos ap...
hahahahahahhaahhaha....
tencen gler la....

Monday, February 2, 2009

=>rahsia 5 jari anda



1.Cuba tengok jari anda.

Genggam kuat2 & angkat keatas sambil laung.."Allahu Akbar".

Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung


2.Straight kan jari

ke depan dlm keadaan terbuka &

Renung dalam-dalam.

Itulah kewajipan solat lima waktu

jangan kita abaikan.


3.Put ur hand on the table, perhatikan.

Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil,

mcm manusia & apa bendapun akan start dr kecil then membesar & terusmembesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya

Whatever we do semua start dari kecil.

Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besarpd masa depan.


4.Then tgk jari kedua, jari manis.

Mcm tu jugak ladgn usia remaja..

semuanya sweet..

manis mcm jari manis.

Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran &dugaan.

Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5.Jari ketiga jari yang paling tinggi,

jari hantu ibarat alam dewasa kita.

At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil

but kita kena careful sebab masa ni la banyak

"hantu-hantu pengacau"yang datang menggoda.

Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan

macam2 hantu lagi.

Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.

So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6.Jari telunjuk -

Jari nilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.

Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how

Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &

tauladan pada jari2 sblm ni.

Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation..

jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.


7.Lastly renung la ibu jari..

besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan &

kehebatan yg membanggakan.

Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...

nak gengam/pegang something cukup susah..

nak pegang sudu pun susah.


To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman.

Kalau kita patuh pd petunjuk mereka,

then boleh la kita say"good" or "yes"

sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.


p/s:nie akuwh amek dr buletin mspace...x d cter la...