Gara-gara dendam 4 pelajar ditikam
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Petah Wazzan Iskandarbhnews@bharian.com.my
berita harian 13 feb 09..
POLIS mengambil keterangan daripada mangsa pergaduhan yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.
KLANG: Empat pelajar cedera termasuk seorang parah ditikam selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, semalam, dipercayai bermotifkan balas dendam menyusul pergaduhan membabitkan dua kumpulan pelajar, Selasa lalu. Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, lelaki terbabit dipercayai tersilap menyerang mangsa, Mohd Faris Sabri, 13, dan tiga lagi rakannya yang disangka terbabit dalam pergaduhan sebelum ini. Mohd Faris yang cedera di lengan kiri dan pinggul kanan, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) manakala tiga lagi pelajar Tingkatan Satu serta Dua dirawat sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata empat pelajar itu yang duduk di perhentian bas sementara menunggu sesi persekolahan petang bermula, dikatakan dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki bertopi keledar. "Kedua-dua lelaki terbabit berhenti dan selepas bertanya sesuatu, seorang daripadanya yang membawa pisau menikam pelajar berkenaan," katanya. Mohamad berkata, polis percaya serangan itu bermotifkan dendam antara dua kumpulan pelajar yang bergaduh, Selasa lalu.
Dalam kejadian Selasa lalu, polis menahan 12 pelajar kerana terbabit dalam pergaduhan berhampiran sekolah sama. "Satu daripada kumpulan itu mungkin meminta pertolongan orang luar untuk membalas dendam, tetapi penyerang terbabit dipercayai tersilap . "Kami kini mencari dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang berusia 17 tahun dan mungkin bekas pelajar sekolah itu," katanya. Berikutan kejadian semalam, polis menempatkan kereta peronda di luar kawasan sekolah berkenaan dan itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, ibu Mohd Faris, Rosnah Salleh, berkata beliau akan menukar anaknya ke sekolah lain kerana bimbangkan keselamatan anak tunggalnya itu. Malah, katanya, bulan lalu Mohd Faris pernah minta untuk bertukar sekolah kerana bimbang berikutan banyak kes pergaduhan berlaku di sekolah itu.
p/s:sp 2 y dpt teknik 2 g jew la...
then ad 2 skull yg tlibat nie...
ish2...bocor bontot budak 2....
Thursday, February 12, 2009
=>gara2 dendam4 pelajar ditikam
Posted by Naaimah at 7:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment